Wednesday, October 3, 2018

MAKSUD ANTI DADAH


Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit,mengurangkan symptom atau mengubah suai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.Walau bagaimanapun,bukan semua bahan-bahan yang dimakan dianggap dadah.Misalnya,makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu.

Oleh sebab perkataan ‘DRUG’ dipinjam daripada bahasa Inggeris,perkataan ini membawa banyak maksud.Perkataan ‘DRUG’lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan,manakala perkataan dadah membawa imej yang lebih negative iaitu ketagihan.

Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis:
Bahan Farmaseutik atau lebih dikenali sebagai ubat.
     
        1 )  Dadah Analgesik
         2 )  Asataminofen
         3)  Ibuprofen
         4)  Opioid
         5)  Morfina
         6)  Heroin
         7)  Kodeina
         8)  Dadah rekreasi
         9)  Alkohol
10)Nikotin
11)Halusinogen
12)Amfetamina
13)Efedrina






FAKTOR PEMILIHAN TAJUK ANTI DADAH

    Kami memilih tajuk ini kerana isu dadah ini adalah suatu isu yang sering diperkatakan dalam kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini.Di samping itu,isu ini juga merupakan suatu isu yang hangat.Penggunaan dadah di negara Malaysia telah meningkat secara drastik.

    Faktor kedua yang mendorong kami untuk memilih tajuk ini adalah kerana kebanyakkan remaja menjadi hamba kepada dadah.Dalam zaman sekarang kebanyakkan remaja tidak berfikir secara mendalam sebelum melakukan sesuatu.Mereka sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dan akhirnya mereka kesudahan dengan perkara yang negatif.

    Faktor yang ketiga ialah penggunaan dadah ini menyebabkan kadar kematian meningkat di negara Malaysia.Bukan sahaja orang dewasa yang menjadi penagih dadah yang lingkungan umurnya 40-50 mati malah remaja yang lingkungan umurnya13-19 kadar kematian mereka tinggi berbanding dengan orang dewasa disebabkan oleh penggunaan dadah.

   Yang berikut ialah:


JUMLAH PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT UMUR

2013
2014
2015
2016
2017
<13
0
0
0
0
0
13-15
18
28
45
85
72
16-19
847
1,173
1375
1,595
1,300
20-24
3,212
3,751
4,986
5,572
4,706
25-29
3,968
4,154
4,977
5,719
4,735
30-34
4,022
3,961
4,936
5,849
4,820
35-39
3,191
3,247
3,976
4,715
3,884
≥40
5,629
5,463
6,373
7,309
6,405
JUMLAH
20,887
21,777
26,668
30,844
25,922







Status isu dadah di Malaysia pada masa kini


KUALA KANGSAR: Pemandu treler yang merempuh sebuah kereta sehingga mengorbankan lima individu termasuk seorang bayi di Kilometer 255.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora pada Sabtu, mempunyai 13 rekod saman.

Malah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Kangsar turut mengesahkan pemandu treler itu positif dadah jenis Methamphetamine.

Tiada rekod jenayah lampau dikesan menerusi nombor kad pengenalan dan pemandu tersebut telah ditangkap untuk siasatan lanjut.








RUMUSAN


Kesimpulannya ,dadah ternyata lebih banyak membawa kesan negatif ataupun padah berbanding kesan positif. Hal ini demikian dapat dilihat akibat daripada penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dan amat sukar untuk diatasi oleh semua pihak. Keadaan ini perlu diatasi dengan segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai selama ini akan berkekalan selamanya.Sehubungan itu penggunaan dadah ini juga perlu diberhentikan agar negara lain berpandang tinggi terhadap negara kita.Pendek kata,pengawalan adalah lebih baik daripada pengubatan.Lebih tumpuan haruslah diberikan kepada aspek pendidikan dan kesedaran masyarakat terhadap penyalahgunaan dadah melalui pendidikan secara formal di sekolah,kempen-kempen dari semasa ke semasa dan media massa.Dengan demikian,kita dapat menghalang penagihan dadah dari terus berakar-umbi.









CADANGAN KEPADA PIHAK BERWAJIB

   1.Peranan ibu bapa



Dalam pembentukan pendidikan rohani dan jasmani yang sihat untuk anak-anak,ibu bapalah yang berperanan penting meneruskan institusi kekeluargaan yang murni ini.Pendidikan awal bermula di rumah akn menjadi teras kukuh sehingga dapat menjauhi anak-anak daripada terjerumus ke dalam masalh social seperti penyalahgunaan dan penagihan dadah.Penglibatan ibu bapa ini akan memberikan semangat kepada bekas penagih dadah dan menunjukkan bahawa mereka masih disayangi.






          2.Peranan sekolah
       



 Pihak sekolah menyediakan kurikulum yang disisipkan dengan unsur-unsur pendidikan pencegahan dadah. Program Kokurikulum pula melibatkan aktiviti-aktivti yang bercorak fizikal di samping yang memupuk perkembangan mental.Guru-guru harus sentiasa berwaspada dan mengawasi para pelajar supaya tidak menghisap atau mengedar dadah.Guru-guru sememangnya mengadakan hubungan mesra dan rapat secara dua hala dengan para pelajar.Selain itu,guru-guru perlu memupuk dan mencungkil minat,bakat,sikap serta peribadi baik para pelajar.





          3.Peranan masyarakat



Sikap merima dengan terbuka serta kesungguhan dan kerjasama masyarakat dalam pembanterasan penyalahgunaan dadah adalah kunci utama yang perlu dititikberatkan bagi menangani masalah social di kalangan belia dan remaja yang kian meruncing.Masyarakat luar perlu memainkan peranannya untuk member sokongan kepada penagih agar memberhentikan tabiat buruk mereka.Masyarakat perlu tolong mangsa-mangsa dadah agar mereka dapat baik pulih serta dapat bergaul dengan orang lain dengan penuh keyakinan.







                     VIDEO KEMPEN ANTI DADAH









No comments:

Post a Comment